Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).
Solat
Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan
dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu
yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari
malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:
“Bila
engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu
berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah
dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu.
Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah
sebaik-baik pelindung..”
Keajaiban Solat Tahajud
Sejarah
telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu
melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam
solat tersebut. Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti
berikut :
1. Tiket ke Syurga
Abdullah
Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah
Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam,
bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam
saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan
selamat.” (HR. Ibnu Majah).
2. Menjauhi Penyakit
Salman
Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam,
kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh
sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk,
mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang
menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)
3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah
Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad,
hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau
suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu,
engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya
kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al
Baihaqi)
4. Mendapat Rahmat Allah
Abu
Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati
laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan
isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga,
merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan
suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR.
Abu Daud)
5. Doa Dikabulkan
Allah
SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat
Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda,
“Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim
meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu
berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)
6. Penghapus dosa
Dari
Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah
Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk
taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR.
At-Tirmidzi)
7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan
dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan
mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan
kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya
menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia
berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan
terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan
ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”
8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah
Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah)
orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila
orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang
baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri
untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)
Jom kita sama-sama menunaikan Solat Tahajud untuk kebahagiaan hidup kita di dunia dan di akhrat